Tuesday, 14 August 2012

Isi Hatiku o.0

ASSALAMUALAIKUMAND HELLO...

Dear Diary,
ada debar di hati
kala melirik ke matamu
ada getar di jiwa
kala menatap wajahmu
ada resah yang menjalar
kala mendengar suaramu...

diri ini tidak keruan
tidak tahu apa yg melanda
kala berada disisimu
aku bukan aku
kala berada hampir denganmu
lidah ini kelu
kaki ini lesu
wajah ini malu...

sesiapa beritahulah apa yg sedang aku alami ini?
lemasnya bergelumang dengan perasaan
sekejap ada rindu yg menjengah
sekejap ada gelisah yg menyapa
sekejap ada curiga yg singgah
CINTA
inikah yg sedang aku rasai???

Thursday, 2 August 2012

RiNDu sEORang KawAN

ASSALAMUALAIKUM AND HELLO...


Dear Diary,

ada rindu yg bertamu di kalbu

puas ditnya bayu yg berhembus

adakah rindu ini dikhabar

puas disapa ombak yg menderukn padamu

apakah rindu ini dismpaikn untukkmu...


mahu sj dilontar rindu ini jauh ke kaki langit

agar turut sama terbias dngn cahaya rembulan

ingin sj dicampak rindu ini pd semilir yg bertiup

supaya bertiup bersama dinginnya mlm...


momen-momen indah itu kian jelas di mata

berpaut dngn ria dan duka

kalau kita sama-sama menganyam impian

sama-sama menjaring harapan

sama-sama mengait angan...


sungguh hati ini dikecam rindu

rindu pd wajah tenangmu

rindu pd merdu suaramu

rindu pada santun budimu

rindu pd senda guraumu

rindu segalanya tentangmu...


moga rindu ini terus berlagu

mengalun irama pesona

buat pengikat jauh utuh jalinan persahabatan

antara kita...